Rabu, 25 November 2009

PROGRAM SEHARI PENDAFTARAN ZON BANGSAR UTARA 2010

TARIKH PROGRAM : 20/02/2010

TEMPAT : SEKOLAH KEBANGSAAN BRICKFIELDS (1)

ANJURAN : SEKOLAH KEBANGSAAN BRICKFIELDS (1)

ANJURAN BERSAMA : PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
ZON BANGSAR UTARA

MASA : 0800 hingga 1700


Program Sehari Pendaftaran Persekutuan Pengakap Malaysia Zon Bangsar Utara 2010 (PSPZBU)
adalah sambungan atau program berterusan tahunan yang bermula pada tahun lepas dimana pada ketika itu Zon Bangsar Utara berada di dalam Daerah Lembah Pantai ,(yang diadakan di SMK Bangsar). Pada tahun ini SK Brickfields (1) telah bermurah hati untuk menjadi tuan rumah dan seterusnya menjadi penganjur bersama program. Matlamat program ini ialah untuk mempermudahkan serta memastikan Pendaftaran Ahli dan Sekolah diselesaikan dalam masa sehari dan setiap ahli akan mendapat Kad Ahli setelah pendaftaran dibuat.

Berbagai aktiviti kepengakapan juga akan di sediakan pada hari pendaftaran berlangsung antaranya pertandingan Kawad Kaki dan sebagainya.
Program ini yang pertama kali diadakan pada tahun lepas telah mendapat sambutan yang agak menggalakan dan di harapkan pada tahun ini ianya akn mendapat sambutan yang lebih bagus. Dengan adanya program ini setiap pemimpin sekolah hanya perlu hadir di SK Brickfields dan membuat pendaftaran secara terus dengan pihak daerah dimana pemimpin juga boleh bertanya kiranya terdapat apa apa masaalah mengenai pendaftaran.