Khamis, 31 Disember 2009

Program Dataran Merdeka

Seperti tahun tahun sebelumnya Program Dataran Merdeka akan diteruskan seperti Biasa.
Pada tahun ini Kelas Dataran Merdeka ( KDM) akan bermula pada :-

Tarikh : 17/01/2010

Masa : 0800 - 1200

Tempat : Dataran Merdeka

Aktiviti : Istiadat Menaikan Bendera dan Taklimat Kelas bagi Tahun 2010



Rabu, 30 Disember 2009

JEMPUTAN MAJLIS PERKAHWINAN

Assallammualikum dan salam berpengakap,

Semua warga daerah dijemput untuk menghadiri majlis
perkhawinan Mohd Azwan Abdul Rahman ( wan telekom )
Kelana C bekas PPD Pengakap Kanak-kanak daerah dengan
Salmi Md Yusof.

Majlis dijadualkan akan berlangsung seperti berikut:

Tarikh : 3hb Januari 2010 (Ahad)
Masa : 12.00tgh - 4.00petang
Di alamat: No. 2-11-4, Jalan 3/82B,
Pangsapuri KTMB Bangsar Utama,
59000 Kuala Lumpur.

Sebarang pertanyaan mengenai majlis tersebut, bolehlah
menghubungi saudara Azwan di talian 013-3472141.

Isnin, 21 Disember 2009

Majlis Ketua-Ketua Patrol

Assalammualikum dan salam berpengakap…

Pada akhir dan awal tahun, kebanyakan kumpulan pengakap
muda atau remaja akan mengadakan pemilihan ahli jawatankuasa
kumpulan di mana berbagai cara serta kaedah yang diguna pakai
namun apakah kita pasti, ini adalah cara/corak pemilihan yang betul
mengikut semangat pengakap yang sebenar?

Sayang sekali bila ada kumpulan yang membuat pemilihan
persis persatuan seperti persatuan Bahasa Malaysia/Inggeris/Sains
dan lain-lainnya, iaitu menurut kaedah demokrasi; di mana memilih
mengikut suara kehendak majoriti ahli.

Sedangkan dalam unit pengakap muda/remaja kita tidak
menyebut sebagai Ahli jawatankuasa kumpulan tetapi kita
hanya mengujudkan Majlis Ketua-Ketua patrol sahaja.

Majlis Ketua-Ketua Patrol

Majlis ketua-ketua patrol adalah majlis yang dianggotai oleh
kesemua ketua-ketua patrol serta penolong-penolong ketua
patrol.

Di mana di dalam majlis ini akan dilantik seorang
pengerusi (kebiasanya juga adalah ‘Troup Leader’),
seorang Naib Pengerusi (kebiasanya juga adalah Penolong
‘Troup Leader’) serta ahli jawatankuasa yang lain.

Kesemua keputusan mesyuarat majlis hendaklah dipersetujui
oleh ahli-ahli mesyuarat serta minit mesyuarat hendaklah
dicatat/rekod oleh Setiausaha Majlis.

Pemimpin Kumpulan hanyalah bertindak sebagai Penasihat
yang tidak mengambil bahagian secara aktif di dalam
sebarang Mesyuarat Majlis Ketua-Ketua Patrol, hanya
sekadar memberi nasihat serta bimbingan pada masa yang
sesuai atau diperlukan oleh ahli majlis.

Peranan Majlis :

1. Mengadakan Mesyuarat Majlis Ketua-Ketua Patrol
- Bagi merancang segala aktiviti perjumpaan kumpulan
( Mingguan / Bulanan )
- Perancangan perkhemahan kumpulan atau aktiviti luar
yang membabitkan kumpulan.
- Terdapat kelaziman bahawa kebanyakan Majlis Ketua-Ketua
Patrol menjaga aset serta kewangan kumpulan namun pada
hakikatnya hanya Majlis Kumpulan(dianggota oleh
pemimpin,pengetua serta Ibubapa ahli) yang berkuasa didalam
hal ehwal kewangan serta aset kumpulan ; persoalannya berapa
banyak sangat kumpulan yang mempunyai Majlis Kumpulan
sendiri ?

2. Mendisplinkan ahli pasukan dalam membentuk Mahkamah
Keadilan ( Court Of Honor ) yang hanya di anggotai oleh
Ketua-ketua patrol sahaja manakala Pemimpin Kumpulan
adalah selaku Penasihat serta perlaksana setiap tindakan
atau hukuman yang telah dipersetujui oleh ahli-ahli (COH)
dengan cara mengundi.


Sambung…

Jumaat, 18 Disember 2009

Rancangan Perjumpaan Semula Rakan-Rakan Daerah ( Reunion)

Assalammualikum...

Salam berpengakap kepada semua rakan yang
pernah bersama dengan daerah serta bagi yang
masih setia sehingga ke saat ini.

Bagi mengeratkan kembali hubungan sesama saudara
didalam persaudaraan pengakap ini.Pihak daerah
sedang merancang satu perjumpaan semula (reunion)
mungkin dalam konsep tidak formal seperti
majlis BBQ pada satu masa yang sesuai untuk semua
pihak.

Kami yang masih berada didalam daerah ini, tidak
pernah melupakan rakan-rakan yang pernah berjasa
dan membantu daerah selama ini.Kami juga tidak
akan melenyapkan hubungan persaudaraan kita ini
biarpun apa yang telah terjadi kerana " Sekali
Kita Berpengakap, selamanya kita bersaudara
sebagai seseorang pengakap"

Harapan kami, semoga apa yang dirancangkan ini
akan mendapat perhatian serta penerimaan dari
kawan-kawan yang lain.

Sesiapa yang berminat boleh lah menghubungi

En. Iskandar Muda di NO. Tel. 0102725112
En. Fahmie Shafie di NO. TEL. 0122854723

Rabu, 16 Disember 2009

Cadangan Perlantikan Penasihat Zon Bangsar Utara.

Pihak daerah telah bersetuju untuk melantik seorang Penasihat bagi PPM Zon Bangsar Utara di mana sekarang hanya menunggu kelulusan dari Pesuruhjaya Daerah Zon Bangsar serta pengesahan dari calon yang akan dilantik.

Sekiranya semuanya berjalan dengan lancar, kami akan umumnya secara rasminya di blog ini nanti.

Selasa, 15 Disember 2009

Unit Pengakap Kanak-Kanak

Salam berpengakap….

Sepanjang pengamatan saya, kebanyakan kumpulan PKK
telah memiliki ramai pemimpin yang perihatin terhadap
kumpulan serta ahli-ahlinya. Namun kurangnya pendedahan
aktiviti bersama kumpulan PKK lain serta aktiviti daerah
telah mengujudkan satu suasana berpengakap yang pramatang
di kalangan kita semua.

Di mana kebanyakan kumpulan menjalankan aktiviti
berpengakap yang sama serta berulang. Sayang sekali
bila anak didik kita hanya dihidangkan dengan aktiviti
kawad,nyanyian semata sedangkan dalam skima PKK
terlalu banyak perkara yang boleh kita kembangkan
bersama.

Sungguh bijak jika seorang pemimpin (Akela) dapat
merancangkan takwin aktiviti kumpulannya berteraskan
Skima di mana pada akhirnya, setiap ahli mampu
memakai rambu pengakap kanak-kanak.

Laungan Agong

Satu istiadat yang wajib dan sepatutnya dijalankan
pada setiap kali perjumpaan pek atau perkhemahan
buat setiap pasukan PKK. Namun sering kali juga kita
terlepas pandang dengan kelangsungan istiadat tersebut
dan bahkan ada kumpulan yang jarang menjalankannya.

Mungkin kebanyakan dari kita hanya mendapat bahan
rujukan mengenai istiadat laungan Agong ini hanya melalui
media cetak yang mana ini mengikis keyakinan kita untuk
menjalankan istiadat Laungan Agong serta terus
menyisihkannya dari aktiviti kumpulan kita.

Namun tak dapat dinafikan juga bahawa kita juga telah
mempunyai pemimpin yang berkalibar dan kreatif di dalam
menjaga kumpulannya. Golongan pemimpin beginilah yang
diharap dapat tampil kehadapan dalam membantu daerah
bagi menolong rakan-rakan yang lain.


Kursus Kemahiran ( Akela )

Bagi memampan serta membina keyakinan pada setiap
pemimpin Kumpulan PKK, maka pihak daerah serta di atas
kerjasama SRK Brickfields 1 sedang merancang satu kursus
kemahiran (Akela) pada 13hb March 2010.

Kursus ini adalah percuma bagi setiap pemimpin PKK di dalam
Zon Bangsar Utara serta besar harapan kita agar kursus ini akan
dapat memberi nafas serta manfaat kepada kita semua di dalam
memajukan unit PKK dengan lebih gemilang.

Ahad, 13 Disember 2009

Laporan Perkhemahan Aktiviti Sekolah / Kumpulan

Perhatian kepada semua rakan/kenalan:

Kepada semua kumpulan pengakap/kelana yang berada di
dalam zon bangsar utara, bolehlah menghantar sebarang
atikel untuk dikongsi bersama di dalam blog daerah ini
dengan mengemailkan kepada:

PPD Raja Norhisham : shamnors@yahoo.com

PPD Zainor Sham : raden_ad@yahoo.com

Sekian Terima Kasih.

Bangsar District Campfire Night

OPEN FOR ALL W.P.K.L. SCOUT TO JOIN.

Title : Bangsar District Campfire Night.
Place : Sekolah Kebangsaan MBS, Kuala Lumpur.
Date N Time : 16-12-2009 (Wednesday) , 1600 - 1900


Our Host Singapore Scouts Group, is having fun with us, so come and gather with our Brother and Sister Scouts.

For Information :Liat kong (016 693 8107) and Peter (012 378 8693)
Please reserved you attendance to Person In charge above. See You There ..


SUMBER DARI : bangsarscouts.blogspot.com

PERJUMPAAN PENGAKAP KELANA WPKL



SUMBER DARI : bangsarscouts.blogspot.com

Khamis, 10 Disember 2009

PERKHEMAHAN SMK PETALING

Pada 3/11/2009 - SMK Petaling, Jalan Klang Lama telah mengadakan satu perkhemahan selepas PMR bagi semua unit beruniform di Tingkatan 3 seramai 80 orang peserta telah hadir di perkhemahan itu.

Bagi menjayakan perkhemahan itu ,pihak sekolah telah meminta bantuan dari pihak daerah bagi membantu menjalankan aktiviti perkhemahan sehari tersebut.

Di antara rakan-rakan yang telah turun membantu ialah
- En Hairol Azmi Abdul Aziz
- En Famie Shafie
- En Zainor Sham Abdullah
- En Raja Mohd Norhisham
- En Jeffri Ismail
- En Iskandar Muda Zainuddin
- Cik Erma

Disebabkan perkhemahan ini hanya dijalankan selama sehari, maka aktivitinya adalah terhad di mana pihak daerah telah membantu sedaya yang mampu.



Perasmian Program


Aktiviti Cara Mendirikan Khemah

Aktiviti Cara Menghidupkan Api

Aktiviti Memasak Cara Hutan
(Cara Panggang Telur)

Aktiviti Asas Pertolongan Cemas

Program Sehari Bersama PKK Zon B'sar Utara


Perasmian Program Sehari Bersama
PKK Zon Bangsar Utara

Pada 21/11/2009 satu program bersama PPM PKK Zon Bangsar Utara dimana beberapa buah Sekolah Rendah telah mengambil bahagian antaranya ialah SK La Salle (1),SK Saraswati, SK Brickfield (2),SK Taman Tun Dr Ismail dan SK Brickfields (1) sebagai Penganjur dan Tuan Rumah dengan kerjasama Pihak Zon Bangsar Utara, yang di sertai oleh seramai 30 orang PKK.

Objektif Program ini diadakan ialah untuk saling mengeratkan lagi dan saling mengenali Pemimpin PKK (Akela) yang terdapat di Zon Bangsar Utara.Walaupun hanya beberapa buah sekolah yang hadir tetapi program ini telah menjadi batu loncatan untuk pihak Zon terus berhubung dengan sekolah-sekolah yang berada di bawah Zon Bangsar Utara.

Pemimpin – pemimpin yang hadir juga memberi sepenuh kerjasama bagi menjayakan program ini, di mana pemimpin (Akela) sendiri dengan sukarela memberi tunjuk ajar dan bertukar-tukar pengetahuan serta pengalaman yang mereka ada di dalam bidang masing-masing kerjasama inilah yang kita harapkan di masa hadapan.

Selain itu program ini juga menjadi langkah pertama didalam memperbanyakan lagi program untuk Pengakap Kanak-Kanak. Walaupun banyak program yang diadakan tetapi kebanyakannya menjurus kepada Unit Pengakap Muda dan Remaja.

Jumaat, 4 Disember 2009

PROGRAM PKK ZON BANGSAR UTARA 2010

TARIKH : 20/02/2010
NAMA PROGRAM : SEHARI PENDAFTARAN ZON BANGSAR UTARA 2010
TEMPAT : SK BRICKFIELDS (1)
____________________________________________________

TARIKH : 13/03/2010
NAMA PROGRAM : KURSUS KEMAHIRAN (AKELA)
TEMPAT : SK BRICKFIELDS (1)
____________________________________________________

TARIKH : 24-25/09/2010
NAMA PROGRAM : PERKHEMAHAN TAHUNAN PKK 2010
TEMPAT SK BRICKFIELDS (1)
____________________________________________________

DI HARAP DENGAN PROGRAM YANG TELAH DI SUSUN UNTUK TAHUN 2010 AKAN MENDAPAT KERJASAMA DARI SEMUA PEMIMPIN SEKOLAH UNTUK MENJAYAKANNYA.

Selasa, 1 Disember 2009

Program Sehari Pendaftaran Persekutuan Pengakap Malaysia Zon Bangsar Utara 2010 (PSPZBU)

Program Sehari Pendaftaran Persekutuan Pengakap Malaysia Zon Bangsar Utara 2010 (PSPZBU) adalah kesenambungan dari Program Sehari Bersama Lembah Pantai 2009 di mana program PSBLP boleh dirujuk di blog berikut:


http://psblp.blogspot.com