Selasa, 9 Mac 2010

Kem Raja


Papantanda kem di lapangan utama pusat latihan

Apa itu KEM RAJA?

Kem Raja adalah Pusat Latihan Kemahiran Pengakap Lembah Pantai, Zon Bangsar, Kuala Lumpur. Terletak di lembah antara Bukit Gasing dan Bukit Kerinchi menjadikannya sebuah lokasi latihan Pengakap yang strategik dalam Parlimen Lembah Pantai, Kuala Lumpur.
Ahli-ahli Pengakap sedang membina benteng air

Beberapa aktiviti telah pun dijalankan di Kem Raja sejak beberapa minggu yang lepas untuk persediaan menjalankan program ujian-ujian lencana untuk Pengakap.
Pembantu-pembantu Kelas Dataran Merdeka sedangmenyusun atur peserta untuk aktiviti kembara hutan

Berikut adalah organisasi kem tersebut:

KETUA PENGARAH KEM:
YM. Raja Mohd Norhisham YM. Raja Abdul Rahim

LEMBAGA PENGARAH KEM:
En. Iskandar Muda Zainuddin
En. Famie Shafie
En. Zainor Sham Abdullah
Pn. Hairul Bariah Marwan (ruhil)

PENGURUS KEM:
En. Shazman Abdul Rahman

KETUA KUARTERMASTER KEM:
En. Amirul Asyraf

PEGAWAI PEMERINTAH KEM:
Leftenan Jeffry Ismail
YM. Raja Mohd Norhisham bersama En. Zainor berehat di Puncak Raja

Objektif kem ini sama seperti konsep yang dijalankan di Kelas Dataran Merdeka iaitu menyediakan program latihan kemahiran Pengakap secara percuma dan berterusan sepanjang tahun.
Berdiri dari belakang: Yat, pelajar UPNM. Ruhil, Pengarah kumpulan tarian Pengakap.Noor, ibu pada salah seorang peserta. Shazman, Pengurus Kem.


Sumber Dari:

Jumaat, 5 Mac 2010

Perkhemahan Patrol-Patrol Pengakap Zon Bangsar 2010

Salam pengakap,

Pihak daerah Zon Bangsar akan mengadakan satu perkhemahan
pada musim cuti sekolah ini bagi memantap kemahiran berpatrol
dan ilmu berpengakap.


Tarikh perkhemahan pada 15 sehingga 21 mac 2010 dan bayaran
penyertaan hanya sejumlah RM10.00 /seorang namun hanya
6 patrol terawal yang berdaftar akan diterima.

Tarikh tutup penyertaan pada 13 mac 2010.


Kelas Dataran Merdeka

Tajuk : Kemahiran Membuat Gajet
Tarikh : 07.03.2010
Masa : 0730-1300 jam
Tempat : Pusat Latihan Kem Raja

Kelengkapan :
- Buku Log
- Tali Ralfia

Pengajar : En. Famie, En. Zainor & YM Raja

Catatan :
- Sila pakai uniform lengkap & berkumpul di Stesen KTM Komuter
Pantai Dalam pada jam 0715.
- Sila maklumkan pada rakan-rakan anda yang lain

SUMBER DARI:
sms pengurus kelas KDM- Cik Erma

Rabu, 3 Mac 2010

Kem Raja Lembah Pantai

Salam Pengakap....

Pihak daearah sedang giat menyediakan/membangunkan satu
kem latihan bagi semua ahli pengakap daerah bagi membolehkan
mereka menimba ilmu berpengakap yang mungkin sukar diajar
di sekolah yang kebanyakannya tidak mempunyai sumber
semulajadi(kayu/buluh dll)

Kami di daerah juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada En. Mohd Shazman Abdul Rahman ( PPD Pengakap Muda )
kerana sudi menaja kain rentang untuk Kem Raja.

Selasa, 2 Mac 2010

PENDAFTARAN KEAHLIAN PENGAKAP MENGIKUT SEKOLAH/KUMPULAN BAGI TAHUN 2010

Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan/Sains/Teknik/Sekolah Kebangsaan/Sekolah Jenis Kebangsaan Cina/Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil/ Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas

Tuan/Puan

PENDAFTARAN KEAHLIAN PENGAKAP MENGIKUT SEKOLAH/KUMPULAN BAGI TAHUN 2010

Dengan ini perkara diatas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman Tuan/Puan. Pendaftaran Keahlian Kumpulan Pengkap (Sekolah) perlu diperbaharui setiap tahun seperti yang telah termaktub di dalam buku POR (Polisi, Organisasai dan Peraturan). Akta Parlimen 409,1989.

3. Sehubungan itu, Pesuruhjaya Daerah Zon Bangsar, Encik Kenneth Soh akan berurusan dengan Tuan/Puan mulia sekarang bagi memastikan proses pendaftaran berjalan dengan sempurna. Semua Pendaftaran hendaklah diselesaikan selewat-lewatnya pada 31 Mac 2010.

Kumpulan: 1 salinan : Untuk rekod/simpanan Kumpulan
4 salinan: Kirimkan Ke PPM Daerah Zon Bangsar berserta dengan bayaran (Bayaran Pendaftaran dan Yuran Keahlian)

BAYARAN PENDARFTARAN DAN YURAN KEAHLIAN

Bayaran Pendaftaran Kumpulan RM10.00
Yuran Bagi PKK, PL, PU, PM, PM RM3.00
Yuran Bagi PK, Pemimpin, PPD, PD, PN, PPN, PR dan Ahli Biasa RM5.00


CARA BAYARAN

KUMPULAN: SEGALA KUTIPAN PENDAFTARAN DAN YURAN KEAHLIAN HENDAKLAH DIMASUK KE AKAUN BANK SEPERTI DI BAWAH

NAMA AKUAN: MAJLIS PENGAKAP DAERAH ZON BANGSAR

NAMA BANK: CIMB, CAW LUCKY GARDEN, BANGSAR

NO AKAUN: 1427-0009299-05-01

PPM DAERAH: Pesuruhjaya Daerah atau Penolong-penolong Pesuruhjaya Daerah Zon Bangsar akan mengutip borang-borang yang berkaitan serta salinan slip bank (Bank in slip) dan akan mengeluarkan RESIT bagi Bayaran Pendaftaran ynag telah diterima daripada tiap-tiap Kumpulan. Segala Borang , salinan resit serta slip bank akan dimajukan kepada pihak PPM Negeri untuk dihantar ke Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malysia bagi proses Pendaftaran.


Segala kemusyikilan berkaitan pendaftaran dan keahlian tahuanan kumpulan Pengakap di sekolah Tuan/Puan hendaklah mehungungi Penolong saya untuk sebarang perkara megenai Pengakapan di Daerah Zon Bangsar.

NAMA / JAWATAN / TALIPON NO
En. Kenneth Soh
Pesuruhjaya Pengakap Daerah Zon Bangsar
0123290663

En. Saifullazman Shafei
PPD - Pentadbiran Zon Bangsar Selatan
0123445455

En. Zainor Sham Abdullah
PPD - Pentadbiran Zon Bangsar Utara
0167947730

En. Chai Jiun Huar
PPD – Bahagian Latihan
0126863135

En. Iskandar Muda bin Zainuddin
PPD – Bahagian Program
0102725112



Yours in Scouting

Kenneth Soh
Pesuruhjaya Pengakap
Daerah Zon Bangsar
Persekutuan Pengakap Malaysia
D/A Rumah B-P
Lorong Hang Jebat
50150 Kuala Lumpur


SUMBER DARI:
email yang diterima dari DC Zon Bangsar.