Rabu, 27 Januari 2010

Perjumpaan Wakil Kelana Zon Bangsar Utara & Pengerusi Majlis Kelana WPKL

Pada 18hb Januari 2010 (Isnin) jam 8.00mlm di Bp House,
pihak daerah telah menghantar seramai 11 wakil
kelana zon bangsar utara untuk bertemu Arvind ( Pengerusi
Majlis Pengakap Kelana WPKL ) bagi membincangkan
beberapa isu mengenai kelana serta program
" Scout For Nature "



Perlaksanaan Kursus Kepimpinan MK (Lama&Baru)

S/Usaha Latihan PPM,telah mengkaji dan penambahbaikan kursus kepimpinan MK seperti:-

1.Bagi pemimpin pengakap yang telah menghadiri kursus Kepimpinan MK kaedah lama dan sistem modular.Kelayakan pemimpin bagi meneruskan kursus kaedah yang baru adalah seperti:

i.Peringkat 1(Penerangan) boleh teruskan dengan kursus peringkat I(Asas)
ii.Kursus Induksi dan atau Modul A,boleh teruskan dengan kursus peringkat I(Asas)
iii.Peringkat II(Asas) atau Modul B,boleh teruskan dengan Peringkat III.
iv.Peringkat IVA(Amali) dan tidak menyiapkan peringkat IVB(Kajian)boleh teruskan
dengan peringkat III.

2.Tempoh akhir penerimaan MK peringkat IVB(Kajian) bagi pemimpin pengakap yang menghadiri kursus kepimpinan MK kaedah lama adalah 30Jun 2009.

3.Tempoh sahlaku sijil-sijil Kursus Latihan Kepimpinan MK kaedah lama dan sistem modular bagi tujuan penilaian dan pencalonan anugerah MK adalah seperti berikut:-
i. Sijil-sijil Kursus Penerangan,Peringkat II(Asas),Peringkat IVA(Amali)dan
Peringkat IVB(Kajian) adalah 31 Disember 2010.
ii.Sijil-sijil Kursus Induksi,Modul A,Modul B,Modul C dan Modul D adalah 31 Disember 2010.
ii.Gabungan sijil-sijil dalam kaedah lama dan sistem modular adalah 31Disember 2010

Mulai 1 Januari 2011,hanya sijil-sijil kursus kepimpinan MK(kaedah baru) sahaja sah digunapakai bagi pencalonan anugerah MK.

Sumber dari:

http://ibrahimjurulatih.blogspot.com

Kelas Dataran Merdeka

Salam berpengakap...

Tajuk : Morse Code
Tempat : Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
Tarikh & Masa : 31 Januari 2010 ( 0730 hingga 1300 )
Kelengkapan : Bawa buku Log.
Tenaga Pengajar : En. Famie

Nota:Sila pakai Uniform lengkap beserta topi Forage dan bagi ahli baru,sila pakai baju berwarna putih.

Info dari sms :Pengurus KDM,Cik Erma

Mesyuarat Pesuruhjaya Daerah Bangsar

Salam Berpengakap,

Satu mesyuarat pesuruhjaya daerah Bangsar akan diadakan
seperti berikut:

Tarikh : 31hb Januari 2010
Hari : Ahad
Masa : 1.00pm
Tempat : Perpustakaan Kuala Lumpur, Dataran Merdeka.

Semua rakan dan teman seperjuang diminta hadir bagi
menjayakan mesyuarat tersebut.

Khamis, 21 Januari 2010

Kelas Dataran Merdeka

Salam berpengakap...

Tajuk : Kriptografi
Tempat : Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
Tarikh & Masa : 24 Januari 2010 ( 0730 hingga 1300 )
Kelengkapan : Bawa buku Log & kanta pembesar
Tenaga Pengajar : En. Famie

Nota:Sila pakai Uniform lengkap beserta topi Forage dan bagi ahli baru,sila pakai baju berwarna putih.

Info dari sms :
Penyelia KDM,
Cik Mahani

Rabu, 20 Januari 2010

Anugerah Pengakap Di Raja & Pingat PPM peringkat WPKL

Majlis Anugerah ini sedang didalam perancangan peringkat
negeri di mana buat masa ini, majlis ini dijadualkan akan
berlansung pada :

Tarikh: 6hb Mac 2010
Hari : Ahad
Masa : 0800
Venue: Masih dalam perbincangan

Sekian terima kasih.

Web Site Baru PPM WPKL

Salam berpengakap...

PPM WPKL telah melancarkan web site rasmi dorang kat
alamat seperti berikut:

www.klscout.org

Isnin, 18 Januari 2010

Pelancaran & Penguatkuasaan Pemakaian 5 Lencana Tertinggi Pengakap Remaja Terbaru



Untuk makluman mulai 16 Januari 2010, rupabentuk lencana terutama bagi 5 lencana tertinggi Pengakap Remaja berkuatkuasa pemakaianya apabila telah dilancarkan pada tarikh tersebut. di Kuala Lumpur Mulai tahun 2010 semua calon Pengakap Raja juga dikehendaki memakai 5 lencana tertinggi Pengakap Remaja versi baru.

Khamis, 14 Januari 2010

JAMBORI BUDAYA INDONESIA / MALAYSIA 2010

Salam Berpengakap...


TARIKH : 8 JUN HINGGA 12 JUN 2010
TEMPAT : TANAH DATAR, SUMATERA BARAT, INDONESIA
YURAN JAMBORI : RM 300.00 SAHAJA

( MELIPUTI MAKAN BUFFET 3X SEHARI / JAMBORI KIT / LAWATAN/ PENGANGKUTAN DARI LAPANGAN TERBANG MINANGKABAU KE TAPAK JAMBORI DAN KEMBALI )

........................................................................................................

Tujuan dasar Jambori ini diadakan adalah untuk mengukuh eratkan
perhubungan kedua-dua buah negara jiran iaitu diantara negara
Malaysia dan Indonesia melalui budaya berPengakap.
Hasil yang diharap kepada Jambori ini adalah agar belia-belia
Pengakap Malaysia dan Pramuka Indonesia akan dapat membina
ikatan silaturrahim yang mendalam dan membelajari perbezaan
dan persamaan dari sudut agama, sejarah, budaya, cara hidup dan
pemikiran masyarakat kedua-dua buah negara.

Antara agenda utama pengisian Jambori Kebudayaan Serumpun ini
adalah berkongsi dan bertukar-tukar kebudayaan antara ahli
Pengakap Malaysia dan Pramuka Indonesia melalui persembahan
kebudayaan, khidmat masyarakat setempat, pertanian, penerangan
sejarah, pemakanan dan pelbagai lagi.Lokasi Jambori ini akan diadakan
disekitar tanah bersejarah Istano Basa Paga Ruyuang, Tanah Datar,
Sumatera Barat yang menempatkan lokasi istana kerajaan tertua Paga
Ruyuang Minangkabau pada tarikh 9 Jun 2010 sehingga 12 Jun 2010.

Lokasi ini sangat menarik kerana disinilah pusat kebudayaan bangsa
keturunan Minangkabau yang perbagai dan unik. Sejarah telah banyak
menceritakan berkenaan adat dan istiadat keturunan bangsa Minangkabau
yang penuh tatacara indah dan berseni untuk dikongsi, dipelajari dan
seterusnya diambil yang mana bersesuaian untuk kebaikan belia Pengakap
Malaysia dan Pramuka Indonesia.

Lokasi Jambori ini juga berhawa dingin kerana terletak di kawasan
pendalaman dan berada tinggi dari aras laut. Penduduk sekitar tapak
Jambori khususnya Daerah Batu Sangkar sangat peramah dan
menghormati kehadiran tetamu luar dan ini adalah sangat menyenangkan.
Lokasi ini juga terletak 1 jam perjalanan ke Kota Bukit Tinggi iaitu syurga
perlancongan dan membeli belah utama Sumatera Barat.

Kelas Dataran Merdeka

Salam berpengakap...

Tajuk : Istiadat Pengakap
Tempat : Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
Tarikh & Masa : 17 Januari 2010 ( 0730 hingga 1300 )
Kelengkapan : Bawa buku Log.

Tenaga Pengajar : En. Zainor Sham Abdullah & En. Iskandar Muda

Nota:
Sila pakai Uniform lengkap beserta topi Forage dan bagi ahli baru,
sila pakai baju berwarna putih.

Info dari sms :
Pengurus KDM,
Cik Erma

Khamis, 7 Januari 2010

Pendaftaran Pengakap Malaysia 2010

Surat makluman berkenaan pendaftaraan keahlian Persekutuan Pengakap Malaysia bagi tahun 2010


Selasa, 5 Januari 2010

Apa Itu Jawatan Pemimpin Pengakap?

Saya menerima pertanyaan yang sama setiap kali berjumpa dengan guru-guru di sekolah yang ditugaskan untuk menjaga Pengakap, dan dalam banyak-banyak soalan... ada beberapa penerangan yang saya lihat ramai masih merasa ragu-ragu. Mari kita huraikan secara ringkas dan mudah berkenaan jawatan tersebut.

Jawatan GURU PENASIHAT PENGAKAP

Jawatan ini diberikan oleh pengetua kepada guru yang ditugaskan untuk menjaga kumpulan Pengakap di dalam sekolah tersebut. Secara langsungnya, guru tersebut adalah seorang yang bergelar PEMIMPIN PENGAKAP. Baiklah, mari kita pergi kepada penerangan seterusnya.

Jawatan PEMIMPIN PENGAKAP

Adakah jawatan ini disandang oleh seorang sahaja...? jawapannya adalah tidak sama sekali. Rata-rata sekolah akan melantik beberapa orang guru untuk bertugas sebagai GURU PENASIHAT PENGAKAP bagi menampung dan membolehkan mereka menyelia bilangan ahli Pengakap yang ramai dan tugas itu harus dikongsi dengan rakan-rakan sepenjawat.

Sila maklumkan perkara ini kepada perhatian Pengetua anda.

Sesebuah kumpulan Pengakap yang berdaftar dalam sekolah tidak dipanggil sebagai PERSATUAN PENGAKAP SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN....

Ia sepatutnya disebut sebagai:

KUMPULAN PENGAKAP KE-28
DAERAH HULU LANGAT
SELANGOR DARUL EHSAN

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PERIMBUN

Dalam setiap kumpulan Pengakap mestilah dilantik seorang PEMIMPIN KUMPULAN (Lencana pangkatnya tertulis "Pemimpin Kumpulan" yang dipakai disebelah bahu kiri).

PEMIMPIN KUMPULAN ini mempunyai dua orang pembantu yang disebut sebagai:


PEMIMPIN PENGAKAP MUDA

PEMIMPIN PENGAKAP REMAJA
(Lencana pangkatnya tertulis "Pemimpin" sahaja yang dipakai disebelah bahu kiri).

PEMIMPIN PENGAKAP MUDA bertanggungjawab untuk menyelia semua kemajuan ahli-ahli dalam unit Pengakap Muda yang terdiri daripada pelajar tingkatan satu hingga tingkatan tiga (dalam buku undang-undang dan dasar pertubuhan ia disebut sebagai umur 13 tahun hingga 15 tahun setengah tetapi saya terangkan disini secara asas mengikut tingkatan dalam sekolah) manakala PEMIMPIN PENGAKAP REMAJA bertanggungjawab untuk menyelia semua kemajuan ahli-ahli dalam unit Pengakap Remaja yang terdiri daripada pelajar tingkatan empat hingga tingkatan lima.

Kedua-dua pemimpin ini akan melapor kepada PEMIMPIN KUMPULAN dan perlu ditekankan, ini tidak bermakna PEMIMPIN KUMPULAN tiada tugas berat.

Jawatan PENOLONG PEMIMPIN

Sekiranya masih terdapat banyak guru-guru yang ditugaskan untuk menjaga Pengakap atau ada guru-guru lain atau ibubapa yang berminat untuk membantu menjaga kumpulan Pengakap di satu-satu sekolah tersebut bolehlah didaftarkan sebagai PENOLONG PEMIMPIN (Lencana pangkatnya tertulis "Penolong Pemimpin" yang dipakai disebelah bahu kiri).

Posted by Famie Shafie

Sumber Dari :

http://famieshafie.blogspot.com