Salam Berpengakap...
TARIKH : 8 JUN HINGGA 12 JUN 2010
TEMPAT : TANAH DATAR, SUMATERA BARAT, INDONESIA
YURAN JAMBORI : RM 300.00 SAHAJA
( MELIPUTI MAKAN BUFFET 3X SEHARI / JAMBORI KIT / LAWATAN/ PENGANGKUTAN DARI LAPANGAN TERBANG MINANGKABAU KE TAPAK JAMBORI DAN KEMBALI )
........................................................................................................
Tujuan dasar Jambori ini diadakan adalah untuk mengukuh eratkan
perhubungan kedua-dua buah negara jiran iaitu diantara negara
Malaysia dan Indonesia melalui budaya berPengakap.
Hasil yang diharap kepada Jambori ini adalah agar belia-belia
Pengakap Malaysia dan Pramuka Indonesia akan dapat membina
ikatan silaturrahim yang mendalam dan membelajari perbezaan
dan persamaan dari sudut agama, sejarah, budaya, cara hidup dan
pemikiran masyarakat kedua-dua buah negara.
Antara agenda utama pengisian Jambori Kebudayaan Serumpun ini
adalah berkongsi dan bertukar-tukar kebudayaan antara ahli
Pengakap Malaysia dan Pramuka Indonesia melalui persembahan
kebudayaan, khidmat masyarakat setempat, pertanian, penerangan
sejarah, pemakanan dan pelbagai lagi.Lokasi Jambori ini akan diadakan
disekitar tanah bersejarah Istano Basa Paga Ruyuang, Tanah Datar,
Sumatera Barat yang menempatkan lokasi istana kerajaan tertua Paga
Ruyuang Minangkabau pada tarikh 9 Jun 2010 sehingga 12 Jun 2010.
Lokasi ini sangat menarik kerana disinilah pusat kebudayaan bangsa
keturunan Minangkabau yang perbagai dan unik. Sejarah telah banyak
menceritakan berkenaan adat dan istiadat keturunan bangsa Minangkabau
yang penuh tatacara indah dan berseni untuk dikongsi, dipelajari dan
seterusnya diambil yang mana bersesuaian untuk kebaikan belia Pengakap
Malaysia dan Pramuka Indonesia.
Lokasi Jambori ini juga berhawa dingin kerana terletak di kawasan
pendalaman dan berada tinggi dari aras laut. Penduduk sekitar tapak
Jambori khususnya Daerah Batu Sangkar sangat peramah dan
menghormati kehadiran tetamu luar dan ini adalah sangat menyenangkan.
Lokasi ini juga terletak 1 jam perjalanan ke Kota Bukit Tinggi iaitu syurga
perlancongan dan membeli belah utama Sumatera Barat.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
tuan..
BalasPadamxde sponser ker dr ppm?
hehehe