Jumaat, 26 Februari 2010

Kelas Abdullah Hukum



PENGENALAN

Kelas Abdullah Hukum (KAH) adalah satu kelas baru yang mempunyai prinsip dan visi yang sama dengan Kelas Dataran Merdeka (KDM) namun mempunyai sasaran sasar yang berbeza.

Lokasi kelas ini adalah terletak di kawasan letak kereta di bawah stesyen LRT Kg Abdullah Hukum yang mana kawasan tersebut sentiasa kemas/bersih dan tidak sesak dengan orang ramai yang menyajikan suasana pembelajaran yang tenang serta tidak terganggu.

Bahkan kedudukannya ditengah kawasan Bangsar dan berhampiran dengan beberapa sekolah Menengah/Rendah di dalam daerah Bangsar Utara, menjadikannya satu tempat startegik dan bahkan kebanyakan murid sekolah ramai yang tinggal di berhampiran seperti Kampung Abdullah Hukum,Pantai Dalam, Kampung Kerinci dan Sekitar Bangsar menjanjikan satu kelebihan dari segi logistik.

Pentabiran dan pengurusan kelas akan menurut protokol seperti kelas di Dataran Merdeka di mana buat masa ini, Puan Ruhil dan En. Raja Mohd Norhisham telah dilantik sebagai pengarah kelas tersebut.

OBJEKTIF

Penubuhan kelas ini adalah kesenambungan kejayaan daerah di dalam menguruskan serta mengekalkan Kelas Dataran Merdeka namun golongan sasarnya, pihak daerah cuba memperluaskanya skopnya dari hanya menumpukan kepada unit pengakap muda/remaja; pihak daerah cuba menyediakan satu kelas alternative bagi pengakap kanak-kanak serta pemimpin kumpulan dalam menjalankan aktiviti berpengakap.

Bahkan kebanyakan sekolah yang berada di dalam daerah rata-ratanya terdiri dari sekolah Rendah yang mana, pihak daerah tidak mampu melatih atau memantau kesemuanya. Maka dengan keujudan kelas Abdullah Hukum boleh mengumpulkan semua pengakap kanak-kanak diberi latihan di dalam satu bumbung.











KURSUS AKELA ZON BANGSAR UTARA 2010

Objektif Program :-

- Mengeratkan hubungan antara semua Akela ( Pemimpin Kumpulan) di dalam Daerah Zon Bangsar Utara.

- Membolehkan Pemimpin Peringkat Kumpulan menjalankan fungsi sebagai Akela.

- Menyediakan kaedah bagi kelancaran Program Latihan Lencana Kanak-Kanak di Kumpulan.


Tarikh : 13 March 2010

Waktu : 0800 - 1600

Tempat : SK Brickfields (1)
Yuran Kursus : Percuma


ATURCARA :

0800 - 0830 Pendaftaran Peserta
0900 - 1000 Perasmian, Taklimat Kursus dan Pembahagian Kumpulan
1000 - 1030 Rehat
1030 - 1200 Demonstrasi Laungan Agong dan Praktikal
1200 - 1300 Rehat
1300 - 1340 Cara Perlaksanaan Program Latihan Kanak-Kanak dan Aktiviti Mingguan
1340 - 1400 Rehat ( Sembahyang )
1400 - 1500 Sambungan - Cara Perlaksanaan Program Latihan Kanak-Kanak dan Aktiviti Mingguan
1500 - 1530 Rehat Minum Petang
1530 - 1600 Penutup dan Bersurai.

Khamis, 25 Februari 2010

KDM (Merentas Hutan)

40 peserta dengan bantuan kelana serta tenaga pengajar telah menjayakan Aktiviti Merentas Hutan pada 21/02/2010 dimana peserta :

0730 - Berkumpul di Kelas Abdullah Hukum (KAH)
0800 - Bergerak ke Kem Raja Lembah Pantai
0900 - Memulakan perjalanan Merentas Hutan dari Kem Raja
1030 - Tiba di Puncak Raja L/Pantai
1100 - Turun dari Puncak Raja L/Pantai
1230 - Tiba semula di Kem Raja L/Pantai
1300 - Bersurai

Apa yang membanggakan kami terdapat salah seorang ibu peserta ,turut serta di dalam aktiviti ini. Penglibatan seperti ini dapat membuka mata masyarakat terhadap aktiviti kepengakapan . Agar di masa hadapan lebih ramai Ibu bapa yang akan turut serta di dalam aktiviti yang sebegini.

Lebih banyak gambar yang akan kami paparkan kemudian Tungggguuu.




BERKUMPUL DI KEM RAJA


MENDENGAR TAKLIMAT (KEM RAJA)


TIBA DI PUNCAK RAJA

Aktiviti Latihan Di Sekolah Sri Damesh

Pada 19.02.2010 PPM Zon Bangsar Utara telah pun diberi
kepercayaan oleh Sekolah Sri Damesh untuk melatih
persekutuan Pandu Puteri sekolah dalam mengajar sesi
simpulan/ikatan dan kawad asas.

Latihan bermula pada pukul 2.ooptg sehingga 3.ooptg
di mana beberapa wakil daerah telah turun padang bagi
membantu perjalanan aktiviti tersebut.







Rabu, 24 Februari 2010

Program Sehari Pendaftaran Persekutuan Pengakap Malaysia Zon Bangsar 2010 (PSPZB)

Salam berpengakap,
Maaf saya pohon kerana kebelakangan ini saya
terlalu sibuk dengan tugas harian; jadi buat masa ini
saya tak sempat mendapatkan laporan penuh program
PSPZB namun buat sementara waktu.

Jom kita lihat beberapa gambar yang ada setakat ini didalam
handphone saya.





Kelas Dataran Merdeka

Pada hari ahad 7hb Februari 2010, Kelas Dataran merdeka
telah mengadakan kelas kesenian dan tarian zapin.

Para peserta telah pun diajar beberapa pegerakan asas dalam
sesuatu tarian dan paling menarik, pada satu ketika
beberapa orang pelancong asing juga turut serta.



Khamis, 11 Februari 2010

Scout For Nature

Ini adalah surat jemputan ke majlis pelancaran Scout For Nature
yang telah dikeluarkan oleh Majlis Pengakap Kelana WPKL di mana
tujuan aktiviti ini adalah memupuk kesedaran mengenai prinsip
bahawa pengakap adalah seorang yang kasih kepada binatang.