Jumaat, 26 Februari 2010

Kelas Abdullah Hukum



PENGENALAN

Kelas Abdullah Hukum (KAH) adalah satu kelas baru yang mempunyai prinsip dan visi yang sama dengan Kelas Dataran Merdeka (KDM) namun mempunyai sasaran sasar yang berbeza.

Lokasi kelas ini adalah terletak di kawasan letak kereta di bawah stesyen LRT Kg Abdullah Hukum yang mana kawasan tersebut sentiasa kemas/bersih dan tidak sesak dengan orang ramai yang menyajikan suasana pembelajaran yang tenang serta tidak terganggu.

Bahkan kedudukannya ditengah kawasan Bangsar dan berhampiran dengan beberapa sekolah Menengah/Rendah di dalam daerah Bangsar Utara, menjadikannya satu tempat startegik dan bahkan kebanyakan murid sekolah ramai yang tinggal di berhampiran seperti Kampung Abdullah Hukum,Pantai Dalam, Kampung Kerinci dan Sekitar Bangsar menjanjikan satu kelebihan dari segi logistik.

Pentabiran dan pengurusan kelas akan menurut protokol seperti kelas di Dataran Merdeka di mana buat masa ini, Puan Ruhil dan En. Raja Mohd Norhisham telah dilantik sebagai pengarah kelas tersebut.

OBJEKTIF

Penubuhan kelas ini adalah kesenambungan kejayaan daerah di dalam menguruskan serta mengekalkan Kelas Dataran Merdeka namun golongan sasarnya, pihak daerah cuba memperluaskanya skopnya dari hanya menumpukan kepada unit pengakap muda/remaja; pihak daerah cuba menyediakan satu kelas alternative bagi pengakap kanak-kanak serta pemimpin kumpulan dalam menjalankan aktiviti berpengakap.

Bahkan kebanyakan sekolah yang berada di dalam daerah rata-ratanya terdiri dari sekolah Rendah yang mana, pihak daerah tidak mampu melatih atau memantau kesemuanya. Maka dengan keujudan kelas Abdullah Hukum boleh mengumpulkan semua pengakap kanak-kanak diberi latihan di dalam satu bumbung.











Tiada ulasan:

Catat Ulasan