Isnin, 21 Disember 2009

Majlis Ketua-Ketua Patrol

Assalammualikum dan salam berpengakap…

Pada akhir dan awal tahun, kebanyakan kumpulan pengakap
muda atau remaja akan mengadakan pemilihan ahli jawatankuasa
kumpulan di mana berbagai cara serta kaedah yang diguna pakai
namun apakah kita pasti, ini adalah cara/corak pemilihan yang betul
mengikut semangat pengakap yang sebenar?

Sayang sekali bila ada kumpulan yang membuat pemilihan
persis persatuan seperti persatuan Bahasa Malaysia/Inggeris/Sains
dan lain-lainnya, iaitu menurut kaedah demokrasi; di mana memilih
mengikut suara kehendak majoriti ahli.

Sedangkan dalam unit pengakap muda/remaja kita tidak
menyebut sebagai Ahli jawatankuasa kumpulan tetapi kita
hanya mengujudkan Majlis Ketua-Ketua patrol sahaja.

Majlis Ketua-Ketua Patrol

Majlis ketua-ketua patrol adalah majlis yang dianggotai oleh
kesemua ketua-ketua patrol serta penolong-penolong ketua
patrol.

Di mana di dalam majlis ini akan dilantik seorang
pengerusi (kebiasanya juga adalah ‘Troup Leader’),
seorang Naib Pengerusi (kebiasanya juga adalah Penolong
‘Troup Leader’) serta ahli jawatankuasa yang lain.

Kesemua keputusan mesyuarat majlis hendaklah dipersetujui
oleh ahli-ahli mesyuarat serta minit mesyuarat hendaklah
dicatat/rekod oleh Setiausaha Majlis.

Pemimpin Kumpulan hanyalah bertindak sebagai Penasihat
yang tidak mengambil bahagian secara aktif di dalam
sebarang Mesyuarat Majlis Ketua-Ketua Patrol, hanya
sekadar memberi nasihat serta bimbingan pada masa yang
sesuai atau diperlukan oleh ahli majlis.

Peranan Majlis :

1. Mengadakan Mesyuarat Majlis Ketua-Ketua Patrol
- Bagi merancang segala aktiviti perjumpaan kumpulan
( Mingguan / Bulanan )
- Perancangan perkhemahan kumpulan atau aktiviti luar
yang membabitkan kumpulan.
- Terdapat kelaziman bahawa kebanyakan Majlis Ketua-Ketua
Patrol menjaga aset serta kewangan kumpulan namun pada
hakikatnya hanya Majlis Kumpulan(dianggota oleh
pemimpin,pengetua serta Ibubapa ahli) yang berkuasa didalam
hal ehwal kewangan serta aset kumpulan ; persoalannya berapa
banyak sangat kumpulan yang mempunyai Majlis Kumpulan
sendiri ?

2. Mendisplinkan ahli pasukan dalam membentuk Mahkamah
Keadilan ( Court Of Honor ) yang hanya di anggotai oleh
Ketua-ketua patrol sahaja manakala Pemimpin Kumpulan
adalah selaku Penasihat serta perlaksana setiap tindakan
atau hukuman yang telah dipersetujui oleh ahli-ahli (COH)
dengan cara mengundi.


Sambung…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan