Salam berpengakap….
Sepanjang pengamatan saya, kebanyakan kumpulan PKK
telah memiliki ramai pemimpin yang perihatin terhadap
kumpulan serta ahli-ahlinya. Namun kurangnya pendedahan
aktiviti bersama kumpulan PKK lain serta aktiviti daerah
telah mengujudkan satu suasana berpengakap yang pramatang
di kalangan kita semua.
Di mana kebanyakan kumpulan menjalankan aktiviti
berpengakap yang sama serta berulang. Sayang sekali
bila anak didik kita hanya dihidangkan dengan aktiviti
kawad,nyanyian semata sedangkan dalam skima PKK
terlalu banyak perkara yang boleh kita kembangkan
bersama.
Sungguh bijak jika seorang pemimpin (Akela) dapat
merancangkan takwin aktiviti kumpulannya berteraskan
Skima di mana pada akhirnya, setiap ahli mampu
memakai rambu pengakap kanak-kanak.
Laungan Agong
Satu istiadat yang wajib dan sepatutnya dijalankan
pada setiap kali perjumpaan pek atau perkhemahan
buat setiap pasukan PKK. Namun sering kali juga kita
terlepas pandang dengan kelangsungan istiadat tersebut
dan bahkan ada kumpulan yang jarang menjalankannya.
Mungkin kebanyakan dari kita hanya mendapat bahan
rujukan mengenai istiadat laungan Agong ini hanya melalui
media cetak yang mana ini mengikis keyakinan kita untuk
menjalankan istiadat Laungan Agong serta terus
menyisihkannya dari aktiviti kumpulan kita.
Namun tak dapat dinafikan juga bahawa kita juga telah
mempunyai pemimpin yang berkalibar dan kreatif di dalam
menjaga kumpulannya. Golongan pemimpin beginilah yang
diharap dapat tampil kehadapan dalam membantu daerah
bagi menolong rakan-rakan yang lain.
Kursus Kemahiran ( Akela )
Bagi memampan serta membina keyakinan pada setiap
pemimpin Kumpulan PKK, maka pihak daerah serta di atas
kerjasama SRK Brickfields 1 sedang merancang satu kursus
kemahiran (Akela) pada 13hb March 2010.
Kursus ini adalah percuma bagi setiap pemimpin PKK di dalam
Zon Bangsar Utara serta besar harapan kita agar kursus ini akan
dapat memberi nafas serta manfaat kepada kita semua di dalam
memajukan unit PKK dengan lebih gemilang.
Selasa, 15 Disember 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan